Friday, March 28, 2008

Ketam cina vs ketam melayu

Seorang suri rumah pergi ke kedai hendak membeli ketam.
Suri rumah : Apek, ada jual ketam ka?
Penjual : Ada... lu mau ketam melayu ke, ketam cina?
Suri rumah : Aik.. Ketam pun ada melayu cina ka?
Penjual : Ketam melayu dalam bakul terbuka... Ketam cina dalam bakul tertutup.
Suri rumah : Apasal itu macam apek?
Penjual : Ketam cina.. seekor panjat...yang lain tengok & belajar macam mana mau panjat..
Suri rumah: Ketam melayu?
Penjual : Ketam melayu.. seekor panjat...yang lain tarik turun.. last2 tak sapa boleh panjat...
Suri rumah : Oooo,... Itu macam ka...
Penjual : Lu mau ketam mana????
Hmmm.... Ketam mana ya?

Saturday, March 8, 2008

Relax sekejap

Pak Lah and Samy Vellu were in a helicopter looking down Kuala Lumpur. Pak Lah said, "Samy, if I throw two RM100 notes down, two people will be happy."

Not wanting to be outdone, Samy said, "If I throw 200 RM1 notes, 200 people will be happy."

The pilot heard the conversation and said, "If I throw the two of you down, 27 million Malaysians will be happy."

- from malaysiakini

Special dedication to all Kelantanese

Salam,

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia

17 tahun bukan waktu yang pendek
17 tahun juga bukan waktu yang panjang
Tetapi 17 tahun cukup untuk mencipta 100 fakta Bukti kewibawaan
Islam agama
memerintah Mentadbir dan membangun negara

17 tahun rekod mentadbir negeri tanpa rasuah, tuan-tuan
Di zaman manusia sanggup apa saja untuk hidup senang
Menipu mencuri merasuah membunuh memurtad sekalipun
Zaman materialisme hiburan gila-gila di kemuncak ini
Di Kelantan kerajaannya bersih rasuah dan kroni
Di Kelantan tiada judi untuk mempersia-sia ikhtiar manusia
Di Kelantan tiada nite-club untuk menghina wanita
Di Kelantan kadar jenayah paling rendah
Di Kelantan aktiviti ekonominya di tangan Islam

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Kerja lima hari seminggu di Kelantanlah bermula
Cuti bersalin 60 hari di Kelantanlah bermula
Insurans kematian untuk seluruh rakyat warga emas juga
Di Kelantan bermulanya -Takaful Kifalah

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Di Kota Bharu pasar basah paling besar dan cantik
3000 wanita berniaga semuanya santun menutup aurat
Dinamakan nama isteri Rasulullah, Siti Khadijah

Di Kelantan ekonomi riba tidak diiktiraf
Biar kita rugi, kata Tok Guru, asalkan tidak dimarah Tuhan
Tetapi mereka tak rugi, kerana mengumpul wang dan harta
Nak senang sementara di dunia bukan tujuan.
Tujuan ialah mengumpul pahala untuk bahagia abadi di syurga
Bagi mereka akhirat adalah nyata

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Di Kelantan tuan-tuan, menteri besarnya seorang Tok Guru
Tiap-tiap pagi menjadi imam subuh dan memberi tazkirah
Tiap-tiap pagi sebeleum ke pejabat

18 tahun masih tinggal di rumah kampung berkembar masjid
Tak ada pagar tak ada pengawal tak ada orang gaji pun
Siapa-siapa boleh masuk dan berjumpa
Dia seorang yang warak dan zuhud
Gaji tiap bulan dipotong 45 peratus untuk parti dan kerajaan
Sejak dulu, elaun rumah tak pernah ambil, elaun keraian tak pernah
ambil
Elaun buka puasa tak pernah ambil, elaun hari raya pun tak pernah
ambil
Dan tangannya sentiasa ringan memberi sedekah
Itulah Menteri Besar Kelantan
Baru-baru ini BPR datang ke pejabatnya
Bukan kerana dia rasuah, tetapi kerana dia
Tak buat report ada orang cuba beri dia rasuah

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Waktu mula-mula dulu mereka kata tiga bulan saja
Kerajaan PAS akan bangkrap tak ada duit nak perintah negeri
Kemudian tambah sedikit 6 bulan, kemudian jadi setahun
Sekarang 18 tahun dan ekonomi Kelantan semakin segar
Walau diskriminasi kerajaan pusat bermacam helah
Ditakut-takutkan dan dihalang pelaburan
Namun 17 tahun tanpa riba tanpa rasuah tanpa maksiat
Ekonomi Kelantan meningkat mengatasi lima negeri lain
Dulu nombor dua termiskin sekarang nombor enam di Malaysia
Dan di Kelantan tuan-tuan, tak ada tol,
nampak maupun tidak harga barangan dan makanan pun kekal murah
dan harga nikah pun masih murah

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Belajarlah daripada Kelantan tuan-tuan
Belajarlah daripada Tok Guru
Belajarlah berfikir sebagai insan merdeka
Bebaskan minda, bebaskan minda!

**dipetik daripada satu emel sahabat

Thursday, March 6, 2008

Bapa2 Malaysia

1. Tunku Abdul Rahman - Bapa Kemerdekaan

2.
Tun Abdul Razak - Bapa Pembangunan

3.
Tun Hussein Onn - Bapa Perpaduan

4. Tun Dr. Mahathir Mohammad - Bapa Pemodenan

5.
Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi -

Bapa Mertua Khairy